Assalamualaikum dan selamat datang ke blogspot UMNO Lenggong. Sila lawati laman ini untuk mengetahui perkembangan terkini Bahagian Lenggong. Dapatkan berita yang sahih di sini. Sila hubungi webmaster seefoo@hotmail.com untuk sebarang penjelasan. (Tarikh bermula 16.9.2008)
TAHNIAH KEPADA YB TIMBALAN KETUA BAHAGIAN YANG TELAH DIANUGERAH GELARAN DATO OLEH SULTAN PERAK

Saturday, May 30, 2009

AHLI PERLU PERKUKUHKAN PARTI

Umno perlu memberi tumpuan kepada aspek imej, kredibiliti dan integriti jika mahu terus dilihat sebagai parti paling relevan membela nasib dan kepentingan orang Melayu.

Pembangkang menyerang Umno berdasarkan tiga aspek itu bagi mewujudkan persepsi di kalangan orang Melayu kononnya ada parti lain yang boleh membela nasib orang Melayu.

Ahli Umno tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menyebarkan fitnah kononnya Umno akan berkubur selepas pilihan raya umum ke-13. Sebaliknya, ahli Umno perlu menanam pendirian yang parti ini akan terus wujud selepas pilihan raya umum nanti dan relevan untuk membela nasib orang Melayu

Umno menjadi kuat kerana disokong oleh pemimpinnya yang hebat, kesepakatan antara pemimpin tertinggi dan ahli akar umbi di samping mendapat sokongan daripada parti komponen BN.

(Berita Harian Online 30.5.09)

Thursday, May 28, 2009

JADUAL MESYUARAT UMNO CAWANGAN

30.5.09 - Jagor, Kampung Padang, Ulu Kenderong, Pulai Belayar
31.5.09 - Banggol Belimbing, Taman Kota Tampan
5.6.09 - RPS Dala, Padang Kunyit, RBK Air Panas, Sira Kulim, Air Panas
6.6.09 - Gelok, Temelong
7.6.09 - Tanjong Rambai, Tawai, Kenayat, Tanjong Kasau, Padang Jeri, Felda Lawin Utara, Felda Lawin Utara (2)
12.6.09 - Changkat Berangan, Raban, Padang Luas/Cherakoh, Kg Kelantan, Pekan Kuak, Kuak
13.6.09 - Felda Lawin Tengah, Felda Papulut, Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Selatan 2, Tanjong Lobak, Ulu Lawin, Lawin, Kuala Kenderong
14.6.09 - Kg Masjid Lama Chenderoh, Teluk Batu, Kampong Lenggong, Pekan Lenggong, Bukit Balai, Bukit Nangka
19.6.09 - Malau, Belum, Belum Baru, Air Jada, Rancangan Merah, Sawa, Air Bah, Ganda Temenggor
20.6.09 - Desa Ibol, Sumpitan Baru, Gua Badak, RPA Gua Badak, Bukit Sapi, Chain/Batu Dinding, Banggol Batu, Tampan Air
21.6.09 - Ulu Jepai, Batu Ring, Gelok Tengah, Sumpitan, Tanjung Kala, Air Jernih
27.6.09 - Chepor

(Mesyuarat diadakan pada jam 3.00 petangbertempat di Dewan Orang Ramai)

Dijemput semua ahli cawangan untuk hadir semasa mesyuarat dijalankan.

Friday, May 22, 2009

DR ZAMBRY KEKAL MB YANG SAH

Keputusan tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini sebulat suara memihak kepada rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.Ini bermakna Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.Mereka memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya pada 11 Mei.Menurut mereka Sultan Perak layak melantik Dr Zambry apabila Nizar hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.Bila tiga Ahli ADUN pembangkang lompat jadi Bebas dan sokong BN jumlah disebelah BN ialah 31 manakala pembangkang tinggal 28.Sementara itu Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Othman dan Datuk Ramly Zahari yang ditemui di situ menyuarakan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan itu.Seperti kebiasaannya bila keputusan mahkamah tidak memihak,kira kira 150 penyokong pembangkang jerit takbir dan reformasi di kawasan Mahkamah Rayuan bila dapat tahu Nizar kalah.

Agendadaily Online -22/5/2009

Kepada pihak PR, mereka mestilah terima hakikat kebenaran yang telah dibuktikan melalui proses mahkamah. Semasa keputusan berpihak kepada mereka, berbagai pujian dan sokongan dinyatakan tetapi bila sebaliknya berlaku, kejian pula disuarakan. Ikutilah contoh BN yang sentiasa tenang dan bersabar serta rasional dalam sebarang tindakan. Sudah lupakah kita kepada Qada dan Qadar oleh Allah SWT.?

Wednesday, May 20, 2009

DAP tawar MB kepada saya...PKR main politik kotor

Ikuti pendedahan Siri 2


"....saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP."


(Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, YB Jamaluddin Mohd Radzi)


Seterusnya...

Tuesday, May 19, 2009

11 bulan berkuasa...apa kata Ngeh, Nizar ikut aje

"...Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga."

(Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, YB Jamaluddin Mohd Radzi)

Baca selanjutnya di sini.

Friday, May 15, 2009

LAWAK HARI INI

Kisah anak bertanya kepada ayahnya mengenai krisis politik di Perak.

Anak : Ayah, saya nak tanya sikit.
Ayah : Apa hei nya?
Anak : Semasa sidang DUN 7 hb lalu kanapa ada MB sebelah kanan dan sebelah kiri pun ada juga? Ada speaker sebelah kanan dan ada speaker sebelah kiri. Heran ye ayah..?
Ayah : Ate.. apa nak herankan. Kat Perak ni memang macamtu.. ada Bota Kanan ada Bota Kiri, ada Lambor Kanan ada Lambor Kiri, ada Kota lama kanan ada Kota lama Kiri..Ate mana nak buatnya.. memang ropetu.
Anak : %&#@ bengang..

(Ehsan dr Sdr Ahmad Kamal)

Thursday, May 14, 2009

ANTARA KESALAHAN PEMBANGKANG SEMASA SIDANG DUN

Sumber-sumber Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri Khamis.

Ini termasuk provokasi,mengeluarkan kata-kata kesat,memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.



Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.
1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong Mee Meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang bermaksud ”pergi mati engkau....” dengan tujuan menghina kepada Y.B. Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato’ R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

(Baca seterusnya...)

Tuesday, May 12, 2009

DATO ZAMBRY MASIH MB

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar.

Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Zambry.

(Berita Harian Online 12.5.09)

Thursday, May 7, 2009

RENTETAN PERISTIWA DI DUN PERAK

Keadaan lengang, jalan ke Bangunan SUK dikawal ketat
8.30am, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, ditahan kerana cuba memasuki Bangunan SUK Perak
8.45 pagi: Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan kerana membawa poster, memakai baju hitam dan lilitan dengan tulisan 'BUBAR DUN".
9.30 pagi: Keberangkatan tiba Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, untuk istiadat perasmian sidang DUN.
Pemangku Raja berangkat merasmikan persidangan DUN Perak
10 pagi: Suasana masih kecoh dalam Dewan, Speaker, V Sivakumar, terus desak Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga Adun Bebas keluar dewan dan tegaskan keputusan beliau adalah muktamad dan tidak akan benarkan perasmian sidang selagi mereka terbabit tidak keluar Dewan.
10.26 pagi: Beberapa lagi penyokong parti ditahan. Masih ada kira-kira 500 berkumpul di pintu depan bangunan SUK.
10:41: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kemukakan usul pecat Speaker, V Sivakumar dan disokong semua Adun Barisan Nasional (BN) dan Bebas tetapi ditolak Speaker.
10:50: Adun Bebas, Yit Foong, mencelah beliau mahu ambil alih perjalanan Dewan daripada Sivakumar. Beliau dakwa sebagai Timbalan Speaker kini miliki majoriti sokongan ahli Dewan untuk jalankan tugas Speaker.
10.55 pagi: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bangun cadangkan bekas Adun Sungkai ganti Sivakumar sebagai Speaker, disokong Exco Kanan, Datuk Hamidah.
10.58 pagi: Cadangan ganti Sivakumar disahkan Yit Foong
Datuk R Ganesan dilantik sebagai Speaker DUN Perak.
11.00 pagi: Bekas Adun Sungkai, S Ganeson, bangun dan angkat sumpah sebagai Speaker Dewan. Sivakumar, bagaimanapun masih berada di tempatnya dan pertikaman lidah terus berlaku.

11.23 pagi: Bekas Adun Sungkai, Datuk P Ganesan dilantik sebagai Speaker dan pada masa sama V Sivakumar masih di tempatnya.

11.31 pagi: Suasana dalam Dewan kembali tenang. V Sivakumar dan semua Adun tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

11.50 pagi: Di luar Dewan juga semakin tenang. Jumlah penyokong berkumpul semakin kurang, tidak sampai 100 orang.

12.34 tengah hari: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kembali kecoh apabila disambung semula selepas rehat selama sejam. Bekas Speaker, V Sivakumar tetap mengambil tempat di kerusi Speaker.

12.55 tengah hari: Speaker Ganesan tangguh sidang DUN selama sejam selepas lulus usul Exco kanan, Hamidah Osman.

2.15 petang: Sidang DUN Perak disambung semula dan terus kecoh isu Speaker baru

2.17 petang: Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chai Ming Kai cuba memeluk dan menarik keluar Ganeson dibantu beberapa Adun DAP. Adun BN tampil bagi menghalang.

2.26 petang: Polis masuk dalam Dewan apabila keadaan tidak terkawal berikutan berlaku pergaduhan.

2.32 petang: Kekecohan tercetus apabila Adun BN bawa Ganesan ke tempat duduk lain dan ini membuatkan Adun DAP cuba 'mengejarnya'.

2.35 petang: Ketika ini semua Adun pembangkang berkumpul kelilingi Sivakumar bagi melindunginya.

2.39 petang: Bentara Dewan cuba bawa Sivakumar keluar dewan, tapi cuba dihalang Adun pembangkang sehingga berlaku tolak menolak termasuk dengan anggota polis.

2.43 petang: Sivakumar dibawa anggota keselamatan keluar dewan

2.44 petang: Suasana terus tegang dalam Dewan. Adun pembangkang terus berkumpul di tempat Speaker

2.59 petang: Ganesan kini duduk di tempat Speaker dewan dan minta ahli dewan bertenang. Beberapa Adun pembangkang masih cuba halang tapi dikawal polis.

Friday, April 24, 2009

PR PERAK SEMAKIN HILANG AKAL

Petkan dari 'taipingmali.blogspot.com':

TERIMALAH HAKIKAT ANDA TELAHKALAH DALAM URUSAN POLITIK NEGERI PERAK.

TIGA ADUN TELAH BERALIH ARAH. JANGAN MARAH KEPADA MEREKA. KENAPA MENDESAK SULTAN MEMBUBARKAN DUN KERANA MARAHKAN 3 ADUN MEMBEBASKAN DIRI DARI FAKATAN RIOT.

KENAPA ANDA SERONOK MACAM KATAK MABUK BILA ADUN BOTA MELOMPAT MASUK KE DALAM PR. UMNO TENANG.

UMNO HANYA MAMPU MEMOHON ADUN BOTA BERFIKIR MASAK-MASAK DAN JANGAN MUDAH TERPEAYA DENGAN PR.

NIK AZIZ JUGA MENYOKONG LOMPAT PARTI DAN MEMUJI ITU LANGKAH BIJAKSANA.

NIZAR SEMAKIN GILA BILA BEJAYA MEMBALAS DENDAM TERHADAP SULTAN DENGAN MENGAJAK KAFIR HARBI MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM BN MELALUI PRK 59.

MELAYU SEDAR AKAN MAINAN POLITIK KAFIR HARBI INI DAN MENOLAK NIZAR NAMRUD.

KAFIR HARBI SANGGUP MEMPERMAINKAN AYAT SUCI AL-QURAN HANYA SEMATA-MATA UNTUK MENGELIRUKAN MELAYU.

SAMALAH KISAH ZAMAN NABI DI MANA SEORANG YAHUDI TELAH BERJAYA MENYESATKAN UMAT ISLAM. DIA MENJADI IMAM DAN BAIK BACAANNYA. SAMALAH KES DENGAN NGA KOMENG INI.

JIKA NGA BETULBETUL YAKIN DENGAN KEBENAARAN AL-QURAN KENAPA DIA MASIH BERAGAMA KRISTIAN? KENAPA TIDAK MEMELUK ISLAM.

BUKANNYA SUSAH SANGAT UNTUK MENJADI SEORANG ISLAM.

PENGIKUT PAS MELAYU HAPRAK SANGGUP BERTAKBIR BILA NGA, NGEH DAN SIVAKUMAR BERCERAMAH.

HARI INI NIZAR MENGUUT LAGI. SISTEM BERAJA DI MALAYSIA AKAN TINGGAL NAMA SEPERTI DI IRAN.

DALAM 3 PRK BARU-BARU INI ISU RAJA DAN PERLEMBAGAAN NEGERI MENJADI MODAL KEMPEN MEREKA.

MELAYU UMNO DAN PENGUNDI ATAS PAGAR SEDAR AKAN MAINAN POLITIK PR DAN TELAH MENOLAK PR.

CUMA YANG HAPRAK MASIH KEKAL DENGAN PR. SEDIH MELIHAT MELAYU YANG BERTATU BULAN DI HATI MEREKA.

SPEAKER HINDU JUGA MENCARI SERIBU ALASAN UNTUK MENGGAGALKAN PERSIDANGAN DEWAN DUN 7 MEI INI, DENGAN HARAPAN AGAR DUN BOLEH DIBUBARKAN KERANA TIDAK MENGADAKAN PERSIDANGAN. DALAM PRK 7 APRIL ISU INI DIMAINKAN.

BILA MAHKAMAH MENOLAH KES PR PERAK DAN KESEMUA ADUN YANG DIGANTUNG BOLEH HADIR, MAKA SPEAKER MENCARI ALASAN LAIN DENGAN MENGGANTIKAN S/U DEWAN.

SEMALAM NGA SEKALI LAGI MENJADI HERO DENGAN CUBAAN UNTUK MENYAMAN DR ZAMRY KERANA MENAMATKAN TUGAS DAN MENGHENTIKAN JKKK PR.

DULU SEMASA PR MEMERINTAH MEREKA JUGA TELAH MEMBATALKAN JKKK SEBELUMNYA DAN MEMBUAT PEMILIHAN BARU. UMNO TAK BISING PUN.

TAK PUAS HATI LAGI .... KAMARUDIN JAAFAR BEKAS AHLI UMNO YANG DIPUNGUT OLEH PAS TELAH MENGAJAK RAKYAT PERAK UNTUK MENGHURU-HARA AKAN NEGERI INI SEPERTI MANA YANG BERLAKU DI THAILAND.

SUDAHLAH ...

RAKYAT PERAK TIDAK AKAN TERPENGARUH DENGAN ARAHAN PENDERHAKA.

MERUJUK KEJADIAN BARING ATAS JALAN DI KUALA KANGSAR DULU, RAKYAT PERAK MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN TAK BERAKAL SEBAHAGIAN PENYOKONG IMPORT PAS DARI LUAR.

HARAP PIHAK KDN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS SEBARANG USAHA JAHAT UNTUK MENCETUSKAN HURU-HARA DI PERAK.

TAIPINGMALI MENENTANG KERAS SERANGAN GLOBAL TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN KETENTERAMAN NEGARA.

MUSUH NEGARA DITENTANG DAN DISANGGAH.

BIAR BERPUTIH TULANG
JANGAN BERPUTIH MATA